Mana Lebih Utama?

Maher Zain Live In Malaysia!

wow2! ini peluang yang di nanti-nantikan oleh peminat dia...
sedikit pengenalan kepada maher zain ni,

Maher Zain merupakan warga Sweden dan berasal dari Lubnan. Dia masih belajar dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Kerana minatnya yang mendalam terhadap muzik, dia telah berhijrah ke New York dan bekerja dengan syarikat Red One sebagai produser untuk Akon,Lady Gaga,Kat Deluna, dan lain-lain.

Kemudian, setelah beliau rasakan beliau tersalah langkah, beliau menukar jalannya untuk lebih dekat dengan Allah. Akhirnya, beliau bekerjasama dengan Awakening Records dan menghasilkan album Thank You Allah,

ini merupakan senarai lagu di dalam album pertamanya itu,

Maher Zain : Thank You Allah
1. Always Be There.mp3
02. Ya Nabi Salam Alayka.mp3
03. Inshallah.mp3
04. Palestine Will Be Free.mp3
05. Thank You Allah.mp3
06. Allah Allah Kiya Karo (Ft Irfan Makki).mp3
07. The Chosen One.mp3
08. Baraka Allah Lakuma.mp3
09. For The Rest Of My Life.mp3
10. Hold My Hand.mp3
11. Awaken.mp3
12. Subhana Allah (Ft Mesut Kurtis).mp3
13. Open Your Eyes.mp3
14. Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track).mp3
15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus Track).mp3


nk download? free? semua skali? satu album?
sori la geng, beli yang Original,
nk jgk free,,download kat youtube.com , tu memang sah2 free

Maher Zain akan singgah di Malaysia untuk membuat konsert di MBSA dapa 14 dan 15 Oktober ni,
ni jadual aktiviti dia,korang leh tgk kat sini

JADUAL AKTIVITI MAHER ZAIN DI MALAYSIA

sapa yang tak berpeluang nak jumpa dia atau tak berpeluang nak pergi ke konsert dia, jangan risau,
sbb dia kata dia nk dtg Malaysia lagi sekali dengan acara yang lebih besar dengan ramai artis nasyid.

p/s : nk g konsert dia! tapi da sold out tiketnye (>.<)