Mana Lebih Utama?

Cerita Lawak yang Gelikan Hati Korang!

Cerita Kurang ajar.

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif... " pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"


SAINTIS BANGANG

Adalah seorang saintis muda yang baru lulus daripada universiti. Disebabkan beliau teramatlah sukakan binatang, maka banyak kajian yang beliau buat adalah tentang binatang.

Satu hari, beliau teramat takjub dengan kebolehan katak membuat lompatan. Sayugia, beliau pun mengkaji kehebatan katak melompat. Beliau mengambil seekor katak dan menyukat sejauh mana lompatan katak tersebut.

"Hey katak, lompat kehadapan", jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut. Sambil mencatat dalam buku beliau, "Well done. Katak dengan 4 kaki, jarak lompatan 2 meter"

Setelah itu beliau memotong salah satu kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian."Hey katak, lompat kehadapan", jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat lagi. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut. "Hem... . bagus. Katak dengan 3 kaki, jarak lompatan 1.5 meter"

Setelah itu beliau memotong lagi salah satu kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian."Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat dengan 2 kaki sahaja. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut. "Hem... . great. Katak dengan 2 kaki, jarak lompatan 1 meter".

Setelah itu beliau memotong lagi kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian."Hey katak, lompat kehadapan", jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat dengan 1 kaki. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut. "Hem... . good. Katak dengan 1 kaki, jarak lompatan 0.5 meter".

Setelah itu beliau mengambil katak tersebut dan memotong kaki katak yang penghabisan dan meletakkan ditempat ujian. "Hey katak, lompat kehadapan". Tapi kali ini tidak ada tindak balas daripada katak tersebut.

Beliau pun meninggikan suara dan mengarahkan katak tersebut untuk melompat. Tapi hasilnya tetap sama. Tidak ada tindak balas daripada katak tersebut. Lalu beliau pun mengambil nota dan menulis KATAK TANPA KAKI RUPA-RUPA NYA PEKAK!!!!


SALAH NOMBOR(TRAGIS)

Acai,yang bekerja outstation selama 2 bulan mula merindui isterinya pada minggu ke 3.
Acai pun telefon la isterinya yang tercinta . Kebetulan penggilannya diangkat oleh orang gaji di rumah itu.

Acai : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Acai : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Acai : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Acai : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Acai : Saya suaminya.
OG : Lho!!!.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Acai : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Acai : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Acai : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Acai : Ya.
OG : (termenung)
Acai : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Acai : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..,terdengar bunyi tembakan dan Acai rasa puas hati.

OG : Sudah, encik
Acai : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Acai : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Acai : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Rumah siapa ni?... Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Acai : Oh, maaf la ek, salah tekan ni, biasa la adat tekan henset,


Acai Dalam Mahkamah

Acai ialah seorang lelaki bertubuh kecil yang menjadi saksi suatu kes berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Acai dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Acai : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Acai : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Acai, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Acai : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.