Mana Lebih Utama?

TURKI UTHMANIYYAH, MENGENANG SEJARAH UMAT MUHAMMAD PART 1




ha...kali ni aku nk cerita tentang empayar atau kerajaan islam yang paling hebat dalam sejarah dunia islam kerana empayar ni bertahan selama 600 tahun kalu ikot tahun masihinya

1299 Masihi - 1922 Masihi

huy....pemimpin silih berganti, hebat kot
antara pemimpin paling terkenal dalam empayar ni adalah

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
SULTAN MURAD I
SULTAN MURAD II
SULTAN UTHMAN
SULTAN SULAIMAN AL- KANUNI
SULTAN MURAD IV


yang paling terkenal di kalangan pemimpin eropah adalah
SULTAN MUHAMMAD AL- FATEH
SULTAN SULAIMAN AL-KANUNI @ SULEIMAN THE MAGNEFICIENT


SULTAN MUHAMMAD terkenal kerana kehebatan beliau menakluki konstantinople yang dikenali eropah sebagai ibu negara terbaik sekiranya dunia ini adalah sebuah negara.

sejarah penaklukan konstantinople ni dimulakan oleh SAIDINA ALI K.W , SULTAN HARUN AR-RASYID, MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN DAN ANAKNYA, YAZID , SULTAN BEYAZID, DAN AYAHANDA SULTAN MUHAMMAD SENDIRI, SULTAN MURAD II.

KENAPA KONSTANTINOPLE MENJADI REBUTAN?

persoalan kenapa kota ini menjadi buruan taklukan umat islam adalah kerana terdapat hadis di mana Rasulullah S.A.W bersabda,

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

sejak itu, pelbagai usaha dilakukan oleh pemimpin kerajaan islam untuk membuktikan kebenaran hadis rasulullah ini.

USAHA SULTAN MUHAMMAD AL - FATEH

usaha beliau bukan senang, apa yang ingin ditakluki mestilah ada perancangan yang baik.
beliau telah berusaha untuk membuktikan kata2 rasulullah itu dengan merancang sediakan dirinya, negaranya,rakyatnya,dan tenteranya sebagai yang terbaik seperti yang dikatakan rasulullah.
beliau dikatakan seorang pemimpin yang zuhud dan alim, serta tidak terpengaruh dengan godaan dunia, ini dibuktikan dengan tawaran maharaja konstatinople pada masa itu, Maharaja Konstantine Paleologus menawarkan wanita2 cantik dan guru2 untuk belajar tentang kehidupan raja.
Sultan Muhammad yang semasa itu berumur 16 tahun menolak tawaran itu dengan berkata, aku bukan diciptakan untuk itu semua, dan setelah utusan konstantinople memujuk baginda dengan membawa guru, beiau membantah dengan mengatakan haram hukumnya seorang islam didik oleh kafir.

beliau juga menggubal undang2 baru yang mendidik rakyat ke arah hidup cara islam. beliau juga mengintip kegiatan rakyat untuk mengetahui keadaan rakyat empayar turki untuk memastikan sebahagian sabda rasulullah menjadi kenyataan.

selain itu, beliau juga memilih tentera yang di tugaskan untuk menakluk konstantinople adalah dari kalangan orang yang tidak meninggalkan suruhan Yang Maha Esa. maka, hampir keseluruhan sabda rasulullah tentang penaklukan konstantinopel sempurna