Mana Lebih Utama?

Kereta Sudah Maju....


Teknologi yang akan, bakal dan telah dimajukan ini merupakan satu ilham pereka2 diseluruh dunia untuk menjadikannya sebagai suatu realiti.

Kereta ni berasaskan ilham dalam filem "BACK TO THE FUTURE" pd tahun 1985, tapi telah dimodifikasikan supaya bersesuaian dengan keperluan dan pasaran semasa, bentuknya lebih aerodinamik dan futuristik tetapi menariknya MARCEDEZ BENZ telah mereka prototaip untuk kereta ini.............



Kereta terbang ni sememangnya sudah lama difikirkan, tapi pada masa dulu ianya menjadi projek rahsia tentera bagi beberapa negara, hasil pada mula2 bentuknya seakan2 mcm piring terbang, tapi hanya memuatkan seorang penumpang dan jaraknya dengan permukaan tanah hanya lebih kurang 1 meter sahaja., walaubagaimanapun dari segi kestabilan dan spesifikasinya agak minimum sebab ianya dicipta hanya untuk kegunaan tentera sahaja.


Berbalik pada cerita asal :

Korang dah tengokkan gambar prototypenya,

1- Kereta ni mempunyai tayar untuk bergerak atas permukaan jalan dan juga berfungsi sebagai kipas semasa semasa nak lakukan penerbangan dan juga mendarat "putaran tayar 90 darjah". Ini bermakna ia berupaya melonjak ke atas sama seperti konsep helicopter berlepas dan juga mendarat. Cuma pergerakannya banyak bergantung kepada keempat2 kipas ini yang berfungsi menyeimbangkan semua pergerakan dan juga semasa membrek diudara.

2. Dari segi pemanduan pula, dilengkapi sistem dijana komputer "GPS" global positioning system untuk menentukan kedudukan dimana kita berada, mencari lokasi dan mengesan kesesakan trafik, ini penting sebab korang dapat merancang jadual perjalanan dan seelok2nya dapat mengelak dari melalui jalan yang sesak sangat.
"Ada peta perjalanan, macam radar pesawat kat jet pejuang tu"

3. Rekaannya menepati ciri2 kenderaan yang berupaya mengapungkan diri semasa terbang dan juga kelancaran perjalanan, ini dibuktikan dengan tekstur badan kereta itu sendiri yang ergonomik dan aerodinamik yang mana kadar rintangan angin dapat dikurangkan.


p/s: huhu....kita tunggu dan lihat...kalu jadi keta camni....jalan raya ngan highway sunyi la....nti yang bisingnya kat udara ek....